BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 26, 2012

Paku terpacak


Hm….kalo kte de pc , laptop or henpon yg murah sbb kte xckp bajet n kte terpaksa bli sbb nk jimat, memula kte eppi  sgt krn dpt memanfaatkan kelebihan n kemudahan yg ada…tp tu hanya ms kte sesak n tiada pilihan krn ‘kau yg ku mampu’walopun ‘die’ hny mmpnyai function yg biase…lps tu? Bile kte da kaye sket or dapat sumber kewangan yg len?  Slamat tggl ‘the old one’…kte akn mla melupakan jasa ‘die’ mse kte tgh sesak n sempit ….
Kenapa agaknya aku merepek sal mende2 di atas? De sbbnye sedare sedari…cbe korang related kn ngan kehidupan seharian korang….ade tk insan2 yg sentiasa korang gne khidmatnya x kiralah sbg tmpt korang mencurahkan masalah yg berserabut or tmpt meminta idea  ktika korang susah ataupon sbg teman ke mane2 bile xde sorang pon yg sudi…. Walopon korang tau org tu xbape berduit or x bape cerdik or x bape cantik…hny krn mereka2 itu de sesuatu yg leh korang manfaatkn sedangkn insan tersebut x ksh pon sbb derang igt korang akn sentiasa kenang jasanya… tp ble korang da lebih berduit, da agak lebih cerdik, or agak lebih cantik..’no yg anda dail tidak mahu menerima panggilan anda’….
Sedar tak kte yg bape bnyk da insan yg kte perlakukan sebegitu rupa…hei jgn igt kte xkn terkena…sbg contohnya ak sndr pon…ak da rse pe yg dirse terhadap ‘manusia yg dipergunakan’ tu…salah ak gak.. mybe ak pernah menggunakan org gak tnp ak sedar…pedih she ble kte dpt tau yg kte hny jdi boneka je taw tk…tp ak xnk slhkn mrk yg menggunakan ak…..hidup ni kn de circle..’what u give, u get back’…..
Nasihat ak pd dr ak sndr n sume membe yg sudi membaca bebelan ak ni…kalo xnk terpijak paku jgn pacak paku utk org len terpijak sbb kte x tau mgkn paku yg kte pacak tu bkl dipijak oleh kte..huuu..renung2kn la..

setajam-tajam duri

Hm.. lame btul x menulis..warm up sket..ni de cerpen home made..xtau leh di'hadam' otak ke tak..hoho..


Permulaan langkah
hati berkata pada minda..jejakkan jiwa ke landasan 'cinta'..hati dengan yakin berkata pada hati bahawa landasan 'cinta' itu penuh dengan keseronokan,ketenangan,kedamaian yg mengisi kekosongan jiwa..minda menolak penuh hikmah kerana padanya setiap yg cantik dan sedap itu perlu pada pengorbanan yang bakal menyakitkan jiwa..jiwa terpukau dengan kata hati namun pada masa sama  takut ancaman minda..yang mana satu harus diturut? diturut kata hati bimbang binasa, diakur nasihat minda jiwa meronta ingin tahu apakah sebenarnya landasan 'cinta' itu..benarkah ianya tenang seperti kata hati? atau ianya sangat menyakitkan sanggah minda..pergolakan hati dan minda itu membingungkan jiwa..apakah yang perlu dilakukan?akhirnya jiwa mengambil keputusan menjenguk landasan jiwa dengan berbekal nasihat hati supaya tidak terpedaya..rupanya perjalanan ke sana sungguh bercelaru dan bercampur aduk..kadangkala jiwa berasa seakan tidak sabar utk ke landasan 'cinta' itu namun pada situasi yg sama jiwa seakan mahu berpatah balik tanpa menyempurnakan perjalanan itu...jiwa masih lagi berjalan...
Syaukah masih menulis lagi di waktu si pungguk mengadah muka merindu sang bulan. Satu kemestian baginya sebelum melelapkan mata, memaksa si pena menari juga walau hanya menggores sepatah kata. Hakikatnya ,mindanya bercelaru dek satu perkara yang merungsing diri sejak si mentari belum menyorok malu di balik awan yang kelam. Aduh! Bentak dirinya yang mencari titik selesa untuk berfikir secara waras. Gara-gara nota yang diunjuk oleh rakannya mengundang rasa bercampur baur.
Senja itu………..(Qaryah Khaulah al-Azwar)
“Fatah menitip ini buat kau. Aku hanya si posmen. Kau jangan tanya isinya. Satu patah ayat pun aku tak baca. Amanah !”
“Nailah, dia tak pesan apa-apa ke pada kau?”gelisah bercampur ria
“Syaukah, aku rasa ‘duri’ kau yang tajam tu bakal tumpul dek lembutnya pewatakan si dia. Siapa tak kenal Fatah. Bukan rakan sekuliah dan adik junior malahan kakak senior juga meminatinya.Bertuah kau Syaukah.Duri kau akhirnya terkait. Tapi sungguh aku tak baca isi suratnya. Aku hanya menebak. Hati-hati, nampaknya prinsip kau terpaksa tunduk pada fitrah.”ujar Nailah, rakan sekuliah sambil tersenyum.                                                                       
Nota itu ku buka dengan rasa berdebar. Harap-harap berkenaan subjek atau imtihan,doaku di dalam hati.
                ‘lembaran dikirim memberi tanda
                Rasa hati tak dapat dibendung
                Adakah anda sudah berpunya
                Diri berhajat menjadi pelindung
Ringkas,padat dan tepat. Sudah dapat ku jangka,keluhku. Seminggu sudah aku membaca gerak geri,lirik mata,bahasa tubuh. Cuma aku masih husnu dzon dan menepis naluri aku untuk mempercayai bahawa akhirnya aku bakal melalui fasa ini. Ya, sudah lama aku menanti saat ini. Saat di mana akhirnya ada sang pria yang melihatku dengan pandangan berbeza.
Malam itu…….(Bilik 432)
                “Kau masih tak tidur lagi,Syaukah? Apa pula coretan kau kali ini? Hm…tentang cinta,perasaan dan naluri pastinya..ha,ha,ha!”
                “Jangan mempersendakan aku, Nailah! Jiwaku kacau ni!”rengus aku.Rimas
                “Takkan lah baru dikait si pria, kau dah rungsing macam ni? Bukan kah ini yang kau harapkan dari dulu lagi? Di cinta dan mencinta…”tersenyum lagi si dara menambah rasa resahku.
                “ Entahlah, sungguh aku tak menyangka perasaannya aneh sekali. Kadang kala rasa bahagia,kadang kala rasa ingin menghindari.”
                “Sudah lah,beri minda kau peluang berehat secukupnya. Nanti baru ia akan bertindak waras”pujuknya
Syaukah membujuk diri beradu atas keperluan merehatkan diri kerana letih memikirkan afkar yang tiada kesudahan tanpa tindakan. Tidak mengapa,esok aku akan berikan jawapannya.
Al-Syeikh Al-Suhaimi katanya, "Roh orang hidup itu memberitahu kepada hati akan apa yang dilihatnya." Makanya Syeikh Khalil Ibn Syahin dalam kitabnya al-Isyarat Fi Ilm al-Ibarat katanya, "Barang siapa yang mahu mendapat mimpi yang benar, hendaklah dinyatakan apa yang tersimpan dalam hatinya, kemudian tidurlah dalam keadaan berwuduk di atas lambung kanannya dan menyebut nama Allah, dan membaca doa dan mengharapkan mimpi yang benar." [1]
Maka Syaukah pun bermimpi
 

******************************************************************************
Fasa setapak pertama

dikejauhan jiwa dapat lihat fatamorgana landasan 'cinta' yg mendekat seakan ianya selangkah cuma hatta jiwa seakan lega melihat perjalanan yg bakal berakhir..namun jiwa sedar ianya hanya fatamorgana yg membohongi ilusi dan harapan..bekalan minda mula berkurangan dan jiwa masih terasa kosong walau ia tahu ia bakal mampir ke landasan 'cinta' yg bakal mengisi kekosongan bak ujaran hati...tidak sepicing pun jiwa merasa tenang kerana hampirnya ke destinasi..ia berbolak di antara rasa suka dan duka...

Pagi itu (Qaryah Khaulah al-Azwar)
‘Kring!!!!’
Jam tepat menunjukkan  5.30 pagi. Mimpi yang sedang diulit berkecai kerana deringan jam loceng. Hari ini penentunya. Setelah mengalas perut dengan sekeping roti disapu mentega kacang kesukaannya,Syaukah menuju ke dewan kuliah dengan rasa dan semangat yang berbeza.
Jam lapan pagi (Dewan Fakulti Bahasa dan Komunikasi)
Macam hari-hari aku juga yang terpacak awal di kelas. Tiba-tiba..”Assalamualaikum.” “Waalaikumsalam”. Aduh kenapa awal pula dia hari ini?,getus hatiku. Kekok,malu,janggal semuanya bercampur baur. Ya Allah sesungguhnya aku resah dan rimas dengan rasa ini. Keadaan itu tidak lama.Syukurlah ramai yang sudah tiba.
Kelas bermula seperti biasa,cuma sepasang mata itu asyik memerhatikanku. Ternyata bukan perasaanku semata kerana tidak semena-mena Nailah menyenggolku.
“Kau sudah beri kata setuju ke pada Fatah? Habis hilang seluruh tumpuannya pada kuliah. Matanya tak lepas memandang kau”
“Belum lagi Nailah. Ish,rimas lah aku kalau hari-hari macam ni. Itu belum aku kata setuju lagi”
“ Adatlah,hati sudah terpaut”bisik Nailah lagi
“Syaukah! Nailah! Apa yang kamu berdua bualkan? Hm… Nampaknya kita sudah ada sukarela untuk menterjemah teks ini beserta cara-cara penterjemahan dan juga cara I’rabnya.”
Nah,tidak pernah aku dimalukan sebegini. Semuanya hanya kerana ‘dia’

Penghujung Perjalanan

sayup kelihatan landasan 'cinta' yang bakal dijejaki..benar kata hati 'tanah' itu tampaknya tenang,gembira dan menyenangkan...jiwa merasa teruja ingin menjejakkan dirinya yg kosong itu tanpa memikirkan ancaman minda...jiwa cuba menjejakkan dirinya namun landasan 'cinta' seakan menolak dirinya secara sinis dgn berkata: wahai jiwa, dirimu tidak layak disini kerana syarat tidak dipenuhi..kagetnya jiwa ditempelak begitu..apa yg tidak mencukupi lagi..perjalananku bersama kata hati dibekali nasihat minda..bukankah itu sudah mencukupi bgiku melayakkan di landasan ini? ternyata jiwa tersilap mentafsir landasan 'cinta'..bukan hanya jiwa, hati dan minda juga..landasan cinta bukan hanya penuh dengan ketenangan,kegembiraan,kedamaian dan pengorbanan yang akan menyakitkan jiwa..namun yg paling mustahak dan penting adalah JIWA yang tidak kekosongan dan sepi..kerana landasan 'cinta' adalah dataran bagi 2 JIWA yg saling melengkapi tanpa pertikaian minda dan juga hati..akhirnya jiwa terhumban semula ke tanah gersang SEPI semula....adakah jiwa akan kekal disitu..penantian itu satu penyeksaan..

Hari-hari berlalu begitu pantas sekali. Sudah sebulan sejak Fatah memberi nota itu dan baru dua minggu berlalu Syaukah memberi kata putus,Setuju! Bila ditanya mengapa, jawabnya mudah manakan tahu sakitnya ‘terjatuh’ tanpa merasa luka dan perit ‘terjatuh’ itu. Nailah seakan seia sependapat ,cuma sebagai sahabat nasihat diberi.”Hati-hati!”. Syaukah tidak bersetuju hanya kerana prinsipnya telah kalah pada fitrah,tetapi mengambil kata-kata ‘pengalaman adalah guru terbaik’. Hatinya sudah dibina kubu andai anasir-anasir asing cuba meracun jiwanya supaya melakukan yang tidak-tidak.
Seminggu berlalu…..(Qaryah Khaulah al-Azwar)
“Syaukah,hari ini tiada kuliah bukan? Apa kata kita keluar ke bandar. Selama dirimu menjadi teman istimewaku tidak pernah sekalipun kita berdua.
Akhirnya, ini yang aku takutkan selama ini. Ternyata, Fatah juga. Ah,aku sedikit kecewa. Sudahlah prinsipku tidak mahu menyerahkan hatiku pada sesiapa kecuali pada yang bakal aku diijabkabulkan telah aku ketepikan. Gara-gara ingin mencuba.
Pelawaan si ‘dia’ aku tolak dengan berbagai alasan. Sehingga tiba waktunya Fatah memutuskan hubungan kami dengan alasan aku tidak sehaluan dengannya. Ku akui aku terluka,tergores,tercedera atas insiden itu. Mujur aku telah bersedia lebih awal dan juga kekuatan yang diberikan ‘Kekasihku’ yang memberi cinta padaku tanpa berbelah bahagi.Doaku supaya dikuatkan jiwa terkabul. Kalau tidak ke ‘ICU’ jawabnya. Ternyata ia menjejaskan sedikit keputusanku semester itu. Benar cinta tanpa ikatan hanya menyakitkan. Aku peroleh mutiara pengajaran berharga untuk masa akan datang.
***********************************************************************************
epilog baru

selagi jiwa masih ber'nafas',selagi hati tidak 'mati',selagi minda masih membius..selagi itu diri tidak perlu mengeluh...keluh kesah padaNya satu keindahan selagi iman dibaja dan disiram..genangan mutiara ditubir mata suatu kerugian andai dipamer pada yg tiada mengerti..gugur bukan kerana si dia tapi kerana Sang Pencipta..

Setahun berlalu (SMK Seri Setia - 5 Beta )
                “Ustazah,kenapa kita tidak digalakkan suka atau bercinta tanpa ikatan? Bukankah fitrah menyukai dan menyintai. Dusta kalau ustazah menafikan hal ini”
Mengajar memang senang kerana ia tidak memerlukan pengalaman masa lalu,hanya teori sudah cukup. Namun Syaukah ingin mendidik.
                “Wardah,benar fitrah yang Allah berikan itu tidak patut kita nafikan. Cuma apabila ia tanpa ikatan tiada yang bahagia hanya derita yang bakal bertandang. Serahkan rasa cinta yang Allah campakkan dalam hati manusia kepada-Nya kerana jika kita serahkan hati pada manusia,maka ia akan merobek-robekkannya. Namun, jika kita serahkan hati yang hancur itu pada yang Esa,ia akan bercantum membentuk ‘hati’ yang baru malah lebih baik
                “Bagaimana ustazah begitu pasti?”Wardah kurang percaya.
                “Percayalah,kerana ustazah sudah melaluinya”ujar Syaukah sambil tersenyum.
Penamat perjalanan…Tamam…

Tuesday, September 14, 2010

happy eid to all

selamat hari rye sume...

hm...da sebulan pose..kemeriahan bazar ramadhan,ketenangan waktu tgh hari kerana rmi yg amik keputusan utk tido sbb keletihan berpose,kemeriahan umat manusia yg meramaikan surau dan masjid...keseronokan berbuka..seronok tu buka..nikmat2..bile da x pose ni makan pon rse bese je..npe ak kte camtu? sbb kalo x rse lapar mne nk tau hargai nikmatnya makan...tol ak?hehe...huhu..mse pose kemain rse nk mkn hitu nk makan hini...ble da bole mkn x lak rse cam nk belasah sume tu...seyes ak ckp..br 5 hari rye ak da windu suasana pose....sob3..mse pose la nk jmp menu yg pd bulan len pyh nk jmp..nk tido pon x kne mrh,ibadah la ktekan( tp jgn lebey2)...mse ak kecik2 dl ak x rse n x phm sume ni...pde ak nk rye je..mse tu sonok la rye, da beso ni x bpe kaw sgt da..wit rye pon da x dpt(sedar la dah tuhe woii!!!)...cpt rsenye mse berlalu...kalo ak yg skang yg bru 25 ni da rse rye da x besh,cam ne lak mse ak umo 52 nti...hm...pape pn dihari bek bln baik ni ak nk mntk maap bnyk2 kt sume yg penah bce coretan ak n rse x bape besh ngan bhsnye hrp2 dimaapkan ye..hari rye hari menyambut kemenangan diatas berjayanya kte mengalahkan segala nafsu yg amat pyh dikawal slama ni...rye!rye!...Allahuakbar!